ReviewEssays.com - Term Papers, Book Reports, Research Papers and College Essays
Search

The Buddha

Essay by   •  May 15, 2014  •  Essay  •  2,228 Words (9 Pages)  •  1,516 Views

Essay Preview: The Buddha

Report this essay
Page 1 of 9

Sejarah

The Buddha

Asal usul agama Buddha ini datangnya daripada kisah perjalanan seseorang lelaki mengenai kepercayaan rohaninya demi mencapai kenteteramaan dan ajaran dan cara hidup yang berkembang dari situ .

Siddharta Gautama - The Buddha

Setelah menjumpai jalan kebenaran, Siddharta tidak lagi mengalami rasa sakit penderitaan dan dikatakan dilahirkan semula dengan tujuan untuk mencapai jalan kebenaran . Dengan itu, dia dikenali sebagai Buddha atau "awakened on"(yang dikejutkan).

Hidup dalam Kemewahaan

Wujudnya pendapat yang berbeza tentang tarikh kelahiran dan kematian Siddharta. Sejarawan telah mengatakan dia dilahirkan dalam sekitar tahun 566-486 BCE. Walaubagaimanapun, kajian terbaru telah menunjukkan bahawa dia dilahirkan lebih lambat dari itu, iaitu dari sekitar tahun 490-410BCE.

Siddharta dilahirkan dalam kehidupan beraja di kampung Lumbini, yang sekarang dikenali sebagai Nepal. Kehidupan Siddharta yang mewah telah melindungi daripada kesusahan hidup.Penderitaan seperti sakit , tua dan kematian tidak diketahui beliau.

Mengenali Dunia Sebenar

Selepas beliau membesar dan berkahwin dan dikurniakan cahaya mata. Siddharta telah membuat keputusan untuk keluar dari kawasan diraja untuk kali pertama . Sewaktu beliau keluar, untuk pertama kalinya, Siddharta melihat seorang yang tua , sakit dan sebuah mayat.

Ini telah menimbulkan kerunsingan dan menganggu pemikiran beliau. Pada waktu itu, beliau telah mempelajari bahawa seseorang itu tidak boleh lari daripada kesakitan, menjadi lebih tua dan akhirnya mati pada suatu hari nanti.

Menjadi Seorang yang lebih beragama

Selepas kejadian itu , beliau telah berjumpa dengan seorang sami dan telah membuat keputusan untuk meninggalkan kehidupan berajanya yang penuh dengan kemewahan dan hidup sebagai seoarang yang alim yang tiada temput berteduh.

Kehidupan yang penafian diri

Siddharta telah berjumpa dengan seseorang partapa India. Dia telah menggalakkan beliau untuk mengikuti cara hidupnya yang memerlukan disiplin yang tinggi dan penafian yang melampau.

Pengikut Buddha sendiri, yang mempratikkan meditasi mengatakan bahawa dalam peringkat meditasi yang tertinggi ia masih belum mencukupi untuk mendapatakan keamanaan dalam kehidupan.

Siddharta telah mengikuti cara hidup partapa India tersebut, selama 6 tahun . Walaubagaimanapun, dia masih dalam keadaan yang tidak tenteram.

Jalan Pertengahan

Selepas 6 tahun menjalankan kehidupan dengan penuh disilipin dan penafian yang melampau , yang tidak membawa kemana-mana. Beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan cara hidupnya yang sedemikian. Akan tetapi bukan pergi balik kepada kehidupan yang penuh kemewahan sebelumnya. Sebaliknya, beliau telah memilih jalan tengah untuk menjalankan kehidupannya yang tidak mewah mahupun miskin papa kedana.

Kesedaran yang membawa kepada ketenteramaan

Sewaktu beliau duduk di bawah pokok Boddhi , dalam keadaan yang meditasi yang tinggi dan mendalam , beliau telah mengenang kembali tentang kehidupannya secara keseluruhan dan ingin mencari kebenaran yang sebenar .

Dia akhirnya mendapat keredhaan dan kesedaran yang membawa kepada ketenteraman dalam kehidupannya. Dengan itu , beliau dikenali sebagai Buddha . Lokasi ataupun kawasan ini sekarang merupakan tempat keagamaan dan penganut agama Buddha.

Legenda Buddha , menceritakan bahawa pada mulanya Buddha(Siddhartama) selesa dengan keadaannya , tetapi Brahma, raja Tuhan, membuat permintaan kepadanya bagi pihak seluruh dunia untuk mengajar dan menyebarkan pemahamannya.

Sebagai Guru

Buddha telah mengajar pengikutnya dengan cara "dharma" atau berapa pentingnya pengajaran tersebut dari mempercayai satu atau banyak tuhan. Ramai pelajarnya, telah mencapai keredaan dan ketenangan dan menjadi "Arahants" atau yang mulia.

Kepercayaan

Empat Kepercayaan yang Mulia (The Four Noble Truth)

" Saya hanya mengajar tentang penderitaan, asalnya, pemberhentian dan laluan. Itu sahaja yang saya ajar", yang disytiharkan oleh Buddha 2500 tahun dahulu.

Empat Kepercayaan yang Mulia ini merupakan intipati dalam pengajaran agama Buddha . Empat prinsip inilah yang difahami oleh Buddha apabila dia tengah bermeditasi di bawah pokok Boddhi.

Empat prinsip tersebut :

1. Kebenaran dalam keperitaan (Dukkha)

2. Kebenaran dalam asalnya keperitaan (Samudaya)

3. Kebenaran dalam pemberhentian keperitaan (Nirodha)

4. Kebenaran dalam laluan pemberhentian keperitan (Magga)

Dalam dua yang pertama daripada kepercayaan mulia, Buddha(Siddharta) telah diagnosis keperitan dan asalnya. Yang ketiga kepercayaan yang mulia , beliau telah mengatakan bahawa keperitan tersebut boleh diberhentikan . Laluan atau cara untuk memberhentikan keperitaan tersebut diberitahu beliau melalui "Empat Kepercayaan yang Mulia". Dengan cara laluan lapan lipatan atau "Eightfold path".

Kepercayaan mulia yang pertama -The First Noble Truth

Keperitan datangnya dalam pelbagai bentuk . Yang paling jelas, contoh keperitan ialah insiden Buddha (Siddharta) itu sendiri apabila keluar dari kawasan diraja dan melihat seorang yang tua, sakit dan yang telah meninggal.

Pada pendapat Siddharta , keperitan ini bukan hanya pada luaran akan tetapi membawa makna yang lebih mendalam. Sehubungan itu, kehidupan di dunia memang tidak akan mencapai tahap yang ideal dan sering gagal dalam memenuhi jangkaan seseorang.

Beliau berpendapat , sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada kemahuan, dan apabila kita sudah memenuhi kemahuan tersebut , kepuasaan yang akan kita terima adalah sementara. Beliau menekankan bahawa kepuasaan adalah sementara dan bukan untuk selama-lamanya. Inilah kebenaran tentang keperitan.

Kepercayaan mulia yang kedua- The Second Noble Truth

Asalnya keperitan atau Samudaya

Dalam peringkat kedua ini, Buddha(Siddharta) telah mengatakan bahawa beliau sudah telah menjumpai penyebab kepada keperitan yang dialami .

Melalui ajaran beliau , dia telah menekankan asalnya semua keperitan adalah daripada keinginan yang berlebihan atau tanha(desire) . Siddharta, telah membahagikan

...

...

Download as:   txt (17.2 Kb)   pdf (205.4 Kb)   docx (17.5 Kb)  
Continue for 8 more pages »
Only available on ReviewEssays.com
Citation Generator

(2014, 05). The Buddha. ReviewEssays.com. Retrieved 05, 2014, from https://www.reviewessays.com/essay/The-Buddha/69291.html

"The Buddha" ReviewEssays.com. 05 2014. 2014. 05 2014 <https://www.reviewessays.com/essay/The-Buddha/69291.html>.

"The Buddha." ReviewEssays.com. ReviewEssays.com, 05 2014. Web. 05 2014. <https://www.reviewessays.com/essay/The-Buddha/69291.html>.

"The Buddha." ReviewEssays.com. 05, 2014. Accessed 05, 2014. https://www.reviewessays.com/essay/The-Buddha/69291.html.