ReviewEssays.com - Term Papers, Book Reports, Research Papers and College Essays
Search

Hubungan Grandparents with Grandchildren

Essay by   •  February 4, 2011  •  Essay  •  340 Words (2 Pages)  •  1,084 Views

Essay Preview: Hubungan Grandparents with Grandchildren

Report this essay
Page 1 of 2

Semasa tahun 1960an dan 1970an, datuk dan nenek dilihat sebagai sesuatu yang menyenangkan. Datuk dan nenek kurang cenderung menggunakan pendekatan autoritarian dan tegas malah lebih mesra dan mudah didekati. Menurut Kornhaber dan Woodward (1981), terdapat "hubungan vitalpenting" antara datuk dan nenek terhadap cucunya, di mana ia memfokuskan kepada pengaruh-pengaruh penting yang dimainkan oleh datuk dan nenek dalam kehidupan cucu mereka. Kajian terbaru reaffirms kepentingan datuk dan nenek serta cenderung memfokus peranan datuk dan nenek yang berkembang sebagai childcare provider.

Terdapat ikatan istimewa yang menghubungkan datuk dan nenek dengan cucunya. (Carson, 1996; Rutherford et al., 1999). Kedua-duanya berada di luar aliran utama masyarakat di mana kanak-kanak "terlalu muda" manakala datuk dan nenek "terlalu tua". Datuk dan nenek tidak lagi memikul beban sebagai ibubapa seperti menyediakan keperluan harian, menolong anak-anak dengan kerja sekolah mereka, mendisplinkan anak serta lain-lain. Oleh kerana wisdom, pengalaman dan perspektif yang lebih luas, datuk dan nenek sering mudah menerima cucunya.

Victor Hugo mengaitkan sebuah kisah yang menggambarkan persahabatan yang unik di antara datuk dan nenek dengan cucu mereka. "Cucu perempuan saya disuruh duduk di dalam almari tanpa makanan sebagai hukuman. Apabila saya curi-curi memberikannya biskut, saya berkata, 'Atuk mungkin akan mendapat masalah kerana memberikan kamu biskut. Ibubapa kamu mungkin akan meletakkan atuk pula di dalam almari.' Cucu perempuan saya menjawab, 'Jangan bimbang atuk, jika ia berlaku maka saya pula akan memberikan atuk biskut'."(Carson,1996, p. 30).

Apabila cucu meningkat dewasa, ibubapa mereka mungkin amat risau dan beremosi. Namun emosi dan perbezaan fizikal datuk dan nenek membolehkan mereka melihat perkara secara lebih objektif dan meluas. Selalunya datuk dan nenek dapat mendengar masalah/pendapat tanpa menghukum atau menilai. Ramai orang dewasa yang menyatakan fond kenangan terhadap datuk dan nenek mereka dan meluahkan sentiment seperti, "Saya tidak mungkin dapat melakukannya tanpa datuk dan nenek saya" (Carson, 1996). Sokongan daripada datuk dan nenek terhadap cucu yang berdepan dengan keadaan yang mencabar akan menyumbang kepada perhubungan intergenerasi yang lebih erat.

Reference

Wood, Suzanne

...

...

Download as:   txt (2.6 Kb)   pdf (62.2 Kb)   docx (9.7 Kb)  
Continue for 1 more page »
Only available on ReviewEssays.com